Bagaimana Hendak Menjaga Anak Demam Panas??
DEMAM PANAS??
Bagaimana hendak menjaga anak yang mengalami demam panas?
Apakah Demam Panas?
Demam Panas adalah keadaan di mana suhu badan meningkat untuk melawan jangkitan kuman atau radangan dalam badan.
Tanda Tanda Demam Panas
Suhu badan panas
Tiasa selera makan atau minum
Badan menggigil walaupun suhu badan panas
Letih lesu
Merengek
Tips Rawatan Demam Panas di Rumah
1. Ukur suhu badan anak anda dengan menggunakan termometer (jangkasuhu). Jika tiada termometer perhatikan tanda dan gejala demam panas yang mungkin di alami oleh anak anda.
2. Beri anak anda ubat demam (Paracetamol) dengan sukatan yang tepat mengikut jadual yang di tetapkan oleh anggota kesihatan
3. Lap dahi dan badan anak anda dengan tuala yang di rendam dalam air paip.
4. Pakaikan anak anda dengan pakaian yang nipis dan jangan selimutkannya kerana akan meningkatkan suhu badan
5. Beri anak anda minum air atau cecair dengan kerap untuk menambah cecair dalam badan.
6. Beri anak anda makanan yang mudah di hadam seperti sup dan bubur.
7. Jangan biarkan anak anda tidur sendirian supaya anda dapat bertindak segera jika suhu badan anak meningkat atau terlampau tinggi melebihi 39'C bagi mengelakkan sawan.
INGAT!!
Anda perlu bawa anak ke klinik dengan segera jika:
1. Suhu badan melebihi 39'C
2. Terdapat gejala lain seperti ruam,pendarahan,muntah,cirit birit,sawan dan sebagainya
3. Tiada selera makanatau minum
4. Demam masih berlarutan walaupun telah di rawat di rumah.
sekian...
Tiada ulasan:
Catat Ulasan